KOPERASI PEKEBUN GETAH

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA
A. KELAYAKAN
  1. Pemohon mestilah Pekebun Kecil Getah atau kakitangan RISDA atau kakitangan koperasi;
  2. berketurunan Melayu dan beragama Islam;
  3. warganegara Malaysia;
  4. telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
  5. bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi ini.
B. CARA PERMOHONAN
  1. Sila berdaftar secara online di laman web SPK.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap.
C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Salinan IC pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Salinan IC penama/wasi (DEPAN & BELAKANG).
  3. Salinan Kad Pekebun RISDA.
  4. Salinan Muka Depan Penyata Bank.
D. TEMPOH KELULUSAN
  1. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi online serta dokumen yang telah diberikan, kelulusan adalah dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja.
  2. Sekiranya pihak KPK tidak menerima apa-apa dokumen dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja seperti dinyatakan, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.